KOTA KINABLAU SABAH - Day 4

Tanjung Aru beach

Sebelum check out kami breskfast terlebih dahulu di restoran yg berhampiran...Perut lapar tapi menu yg terhidang tidak menepati citarasa aku...akhirnya aku mengorder nasi goreng ayam dengan teh tarik..ok lah sekadar mengalas perut sebelum fly...


Oleh kerana untuk ke airport masih awal lagi...kami berjalan2 di perairan Pantai Tanjung Aru....sebaik sahaja kereta kami menghala ke pantai ini...kami di hidangkan satu signboard First Beach Tanjung Aru seolah2 menyambut kedatangan kami...Alhamdulillah...kedatangan kami di awal pagi agak privacy kerana waktu ini suasana amat damai tanpa di ganggu oleh riuh rendah orang ramai so..dapat lah kami snap gambar mengikut gaya tersendiri....


Pemandangan yang cantik di awal pagi...

Apa yg di renungkan tu?
Takkan sedih kot nak tinggal KK...Tanya doli kepada aku dan zuri

Wahhhh cantiknya...Itu lah ungkapan yg mungkin ada di minda kawan ku ini...

cuaca yg hening di pagi hari menambah kecantikan gambar yg di ambil...

the best word yg dapat kami lakarkan sebagai kenangan yg tak mungkin kami lupakan sepanjang hayat...


Last picture yg sempat aku snap kat pantai Tanjung Aru sebelum berangkat ke airport. The great moment of our holiday at sabah...very enjoy and fun. Terima kasih kawan2 kerana sama2 susah dan senang sepanjang 4d3n di sini...lagipin kalian berdua amat sporting and the best friends yg aku pernah jumpa. Thank you ALLAH kerana memberi  rezeki, kesihatan yg baik dan memudahkan perjalanan kami sepanjang berada di sini.

Tip budget :

1. Tiket flight, luggage and meal Rm118.50 (pergi dan balik)
2. Tiket bus KL Sentral to LCCT Rm18 ( pergi dan balik)
3. Tambang taxi from airport KK to Asia city hotel Rm30/2 = Rm15/person
4. Cost hotel and homestay for 3 night is Rm140/person
5. Sewa kereta for 2 days is Rm300/3 = Rm100/person
6. Minyak kereta Rm25/person

Total cost = Rm416.50

KOTA KINABLAU SABAH - Day 3


♥Di suatu pagi di kampung mesilou kundasang♥

Pagi2 lagi kami sudah bangun semata-mata ingin melihat puncak Gunung Kinabalu..kalau terlewat sudah tentu puncak gunung itu di lindungi oleh kabus tebal...walaupun terasa malas dan agak liat sikit untuk bangun tapi kami bangkit juga demi misi yang di angan2 kan sekian lama..wahh..sejuknya air...bisik hati kecil ku.nasib baik water heater menjadi penyelamatku...kalau tidak ada orang yang tidak mandi pada pagi tu...


Kalau ikut kan...kami check out pukul 12 tengahari tapi untuk tidak membazirkan masa kami check out early morning...Gambar di atas menunjukkan segala2nya...matahari yg memancar di pagi hari memberi petanda bahawa segala aktiviti hari ini berjalan dengan lancar (dengan izin NYA)


View yang cantik di awal pagi..di ambil di hadapan homestay kami

Jom kita ke Golf course dulu

Perjalanan ke padang golf memang betul2 menghala ke kaki gunung kinabalu...
Amat cantik dan menakjubkan...sesungguh nya ciptaan ALLAH amat sempurna di mata kita...


Dah sampai...perjalanan tak sampai 10 minit dari homestay kami...tempat ni memang sunyi dan mendamai kan...tiada kedengaran hiruk pikuk kenderaan, bebas daripada gangguan manusia, jauh daripada Kerja2 seharian dan yg penting kami dapat menghirup udara yg segar. Tiada bayaran untuk masuk ke sini...bebas berjalan tapi jangan pijak rumput yer...nanti kena denda...just bergambar jer...jom layannnn...

Ni gambar yg paling cantik aku snap..kalau guna kamera canggih dan di tambah dengan skill...rasanya lagi cantik gambar boleh di ambil di sini....

Aku mengambil kesempatan posing di atas padang golf yg dikelilingi oleh view yg cantik...

"Ambil lah gambar aku yg tengah posing ni
...bagi nampak gunung ye...
tempat ni best and sangat cantik" kata Dolina

Good friends and always tOgether although we far away...


Dan perjalanan seterusnya ialah ke Desa Desa dairy farm iaitu tempat ternakan lembu susu...Dari padang golf mengambil masa hanya 10 minit sahaja untuk sampai ke sini...Sebaik sampai...kami di sajikan dengan keindahan permandangan yg luar biasa...tambah lagi di serikan oleh puncak gunung kinabalu yg jelas dan terang tanpa di lindungi oleh kabus...

wahhh betul2 cantik lah...ngomel ku sendirian. Apa lagi...terus kami buat aktiviti2 mengambil gambar...boleh tak tolong ambil gambar kami bertiga? Gambar tu bagi nampak lembu dan gunung ye? Kami terjah jer sapa2 yg ada kat situ...siap bagi arahan lagi...tak kisah lah asalkan kehendak tercapai...sesunggguhnya aku merasa kagum dengan keindahan ciptaan Tuhan yg Tiada tolok bandingnya..

3 toogles at desa dairy farm kundasang...

cantik gambar ni...i like

"Selamat datang ke desa dairy farm" itu lah kata2 yg ada di signboard sebaik sahaja kita sampai di sini...

Sebahagian lembu ternakan yg ada di sini....


Merenung dan kmemikirkan kemana kita selepas ini....sesungguhnya dunia adalah tempat persinggahan untuk ke akhirat...Niat kami pada awal nya untuk melawat kilang pemprosesan susu lembu secara lebih dekat tetapi hasrat kami terhalang...ketika ini pelawat2 tidak di benarkan masuk kerana "under construction"Kami di benarkan snap gambar dari luar sahaja....hampa dan mengecewakan...itu lah ungkapan yg ada di dalam hati masing2....

Kelihatan kabus semakin menghampiri kami...untuk mengelakkan daripada pedih mata dan sesak nafas...kami meninggalkan dairy farm dengan hati yg terkilan....Tak per..lepas ni kita datang lagi yer...pujuk hati ku...


Jom kita breakfast dulu...hati yang hampa di tenangkan dengan nasi goreng daging Dan teh tarik...kami menjamu selera di restoran Razida yg terdapat di pekan kundasang...nasib baik ambil gambar..kalau tidak confirm aku tak ingat nama restoran ni...

Perjalanan seterusnya ialah balik ke kota kinabalu...sebelum tu kami singgah sekejap di pekan Tamparuli yg terletak dalam daerah tuaran untuk melihat sendiri jambatan gantung  Dan merasai berada di atas jambatan tersebut...ini semua gara2 lagu jambatan tamparuli yg sering aku dengar di corong2 radio...



Perjalanan daripada pekan kundasang ke tempat jambatan gantung ni mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Terletak betul2 di pekan tamparuli dan menjadi kemudahan kepada penduduk untuk menyeberang sungai yg panjang dan luas...Jom layan je lah gambar ni....

Peluang untuk bergambar di atas jambatan gantung tidak di lepaskan begitu saja...


Kunjungan kami seterusnya ialah ke Rumah Terbalik yg terletak tidak jauh dari jambatan gantung
iaitu kampung telibong, daerah tamparuli. Untuk masuk di kena kan bayaran RM10 untuk dewasa



Sebelum masuk...kami bergambar jap di hadapan pintu masuk rumah terbalik...di dalam sana juga di sediakan restoran, souvenir shop dan kedai kopi tapi semua Di caj dengan harga yg berpatutan..

Ni lah tiket to enter the upside down house...entry fee is rm10 for adult..hanya sekali masuk sahaja...

Dirasmikan pada 9 mac 2013...



Sebelum masuk ke dalam...kami di beri masa 10 minit untuk brgambar di sekitar rumah terbalik...ini kerana group yg sebelum ini masih Lagi ada di dalam rumah trsebut...selagi group trsebut belum keluar selagi tu lah kami tidak di benarkan memasuki nya...so...kami bertiga sempat posing2 dan snap beberapa keping gambar utk tatapan bersama...


Adoiii..berat nya kete ni...jerit zuri kepada aku. Kalau ye pun berat...takkan guna jari jer kot...perli aku padanya...kih..kih..lakonan mesti mantop beb...seloroh zuri pada aku...

ni lah dia yang akan guide kami sekejap lagi...


Kat sini kami di beri taklimat serba sedikit berkenaan rules yg perlu di patuhi semasa berada di dalam...katanya...jangan ambil gambar semasa berada di dalam rumah terbalik kalau tidak akan di dendan rm200 dan jangan sentuh barang2 yg ada di dalam rumah tersebut...gong perlu di ketuk oleh salah seorang daripada kami sebagai tanda penghormatan...kalau tak ketuk tak boleh masuk ker? itu lah pertanyaan yg terus bermain di dalam minda ku...

kagum sekali apabila melihat barang2 yg ada didalam rumah....semuanya terbalik...yg sempat aku lihat ialah kipas siling, sofa, mesin jahit, peti sejuk, meja makan, dapur, kukur kelapa, tong sampah, almari selipar, karpet, katil, almari solek, almari baju dan frame bambar....semuanya berada di kedudukan terbalik...pening aku melihatnya...apa2 pun amat lah berbaloi...

ni pulak kat luar rumah...pasu, jendela rumah dan basikal yg di parking secara terbalik...

Ha..ha..ni pula ampaian terbalik....


Toilet ni berada di luar rumah khas untuk pelancong2 mengambil gambar...kat sini juga terdapat satu kawasan garden yg di reka secara terblik...amat teruja sekejap.

setelah lebih sejam melawat rumah terbalik...kami meneruskan perjalanan ke destinasi yg seterusnya...tapi sebelum tu kita makan dulu...



Kak Nong restaurant menjadi pilihan kami...terletak betul2 di bandar KK dan sentiasa di kunjungi oleh ramai pelanggan2...kami sekadar menghilangkan haus sahaja...untuk makan masing2 masih terasa kekenyangan lagi...aku order oren juice, zuri pulak sirap bandung...dan doli ABC sukaria...apa yg dia suka..tak tau lah...total paid is Rm12... kesemuanya doli yg belanja....thanks dolina...


Seterusnya kami ke pantai Tanjung Aru untuk merehatkan bandan dan makan tengahari plus makan petang...kerana waktu kami makan dalam pukul 3 ptg...hidangan kami kat sini ialah tomyam campur, telor dadar, kailan ikan masin dan air kelapa blended satu gelas yg besar...rasanya boleh tahan lah...mgkin sebab lapar kot...rm37 kami berhabis kat sini ...isk..isk...mahalnya...masa ni hujan lebat...so kami tak dapat meneruskan aktiviti melepak di tepi pantai dan bergambar...hujan yg lebat membuatkan kami menggigil kesejukan...


Oleh kerana hujan lebat...kami hanya round2 bandar KK sahaja ...sempat singgah di pantai tanjung lipat dan shopping di Kompleks borneo yg berdekatan dengan UMS dan pejabat2 kerajaan yg ala2 putrajaya....Akhirnya kami pulang ke hotel apabila waktu sudah menghinjak ke magrib...
lagipun badan Dah separuh letih dan memerlukan rehat yang panjang...


KOTA KINABALU SABAH - Day 2



Sedikit info berkenaan ♥Kundasang♥

Kundasang terletak di dalam daerah Ranau kira-kira 90 km drpd bandar KK... 
Ia merupakan sebuah pekan kecil yg paling hampir dengan gunung kinabalu dan tidak hairan lah jika kawasan ini menjadi tarikan utama para pelancong samada dari semenanjung malaysia mahupun luar negara...
Sesiapa yg ingin datang kesini...penginapan bukan lah masalah utama kerana banyak hotel dan homestay di bina di kaki gunung kinabalu 
Majoriti penduduk kundasang terdiri daripada suku kaum Dusun, bajau, melayu dan cina

♥Catatan harian ♥
Kami bertolak ke kundasang di awal pagi memandangkan perjalanan untuk sampai ke sana memakan masa lebih kurang 2 1/2 jam....jalan yang berliku dan agak berbukit membuatkan kami sentiasa berhati2 semasa memandu...
Selama 1 1/2 jam perjalanan, kami sampai di pekan Nabalu pada waktu tengahari dan berehat sekejap untuk makan tengahari...


sempat snap gambar sebelum makan...di sini lah kami rehat jap untuk makan dan menaiki menara untuk melihat keindahan sekitar pekan ini....


Di ambil dari atas menara...kelihatan deretan lot2 kedai yang menjual kraftangan, aksesori, t-shirt dan gift..jangan lupa untuk membeli barangan / buah tangan kat sini sebelum meneruskan perjalanan kerana kedai seperti ini tidak terdapat di kinabalu park dan pekan kundasang....


Nampak tak view belakang kami tu?
Haa...itu lah puncak gunung kinabalu yg akan kami terokai kejap lagi walaupun sekadar berada di kaki gunung...he2...niat hati nak panjat tapi masa tak mengizinkan...

Di sini kami makan tengahari berlaukkan tomyam campur, telor dadar dan kailan ikan masin...very simple hidangan walaupun hidangan ringkas dan biasa2 jer tapi rasanya memang mavelus...totaly paid is Rm23...


Akhirnya sampai juga kami di Kinabalu Park terus snap gambar. Sebelum check in homestay kami jalan2 kat sini dahulu. Untuk masuk ke kinabalu park di kenakan bayaran RM3 for adult and fRM1for kids. For more info berkenaan Kinabalu park ni boleh lah lihat di sini

Dibawah ini aku sempat snap beberapa keping gambar di sekitar Kinabalu Park.

jom layan jer....

View puncak gunung kinabalu tidak dapat di lihat dengan jelas kerana di seliputi olen kabus...walaupun begitu senery tetap cantik dan memukau hati kami...

Nak masuk ke sini bukan free tau...
Rm3 kami kena bayar setiap seorang...Kira murah lah....


Ha...ha...gambar ni kami minta tolong budak laki tu ambil...nak bergambar punya pasal....main terjah jer...untungnya di sini kami dapat berkenalan dengan mereka walaupun sekejap Tapi sayang lupa nak minta acc fb...emm mungkin pertemuan kami hanya kat sini jer...Camana zuri dan dolina?tak terkilan ker...?Ha...ha...


Zuri : kita ni kan..tak kira tempat...asyik nak bergambar jer...giler ke apa?
Aku : giler tu tak lah lagi..tapi bagi aku..sia-sia jer perjalanan itu kalau tak ambil peluang untuk                    bergambar...lagi pun tah bila kita akan sampai di sini lagi...


Cantik...itu lah perkataan yg selalu kuar dari mulut aku setibanya di sini. Gambar ni juga di ambil oleh budak laki tu...tima kasih Adik2...diaorang juga Cam kami ...3 tooGles...


Gambar ni di ambil dari atas...Doli : aku hulur jer kamera...dan sempat cakap "can you..."  dia dah faham Dah...Senang keje aku...Ni lah padahnya kalau Wat trip Tak cukup korum...tak meriah...Nak bergambar pun susah...habis orang kami terkam...hi..hi..


Apabila jejak kaki di bumi sabah ni...aku memasang niat untuk mengambil gambar bunga reflesia yg asli...orang kata sabah terkenal dengan bunga reflesia tapi apa yg kami dapat replika bunga reflesia...siap jadi tukang pacak lagi kat tengah tu...Replika pun replika lah....

♥catatan harian♥

Setelah puas menerokai setiap ceruk kawasan yg berada di kinabalu park, kami mengambil keputusan Untuk Ke Pekan KUndasang Berjumpa dengan Pak cik Jamati...tuan punya homestay. Pada pukul 4 pm kami sampai di pekan kundasang dan berjumpa pak cik jamati..Dari pekan Kundasang ke Homestay...jarak nya dlm 10 km jer tapi yg membuatkan kami terasa jauh kerana jalan nya yang Agak berbukit dan sempit...so kete tak dapat di pandu dengan laju...


Pekan kundsang yg terletak di kaki gunung kinabalu merupakan sebuah pekan kecil yg di lengkapi dengan kemudahan asas seperti elektrik, air, pejabat pos, jalan bertar, deretan kedai2, pasar dan pengangkutan awam....walaupun pekan ni agak koboi cikit tapi ia di lengkapi dengan intenet wifi secara percuma...dan yg penting KFC pun ada...


Ni lah penginapan kami...d's homestay yg terletak di Mesilou kundasang...Kos penginapan untuk 1 malam ialah Rm180...Di lengkapi dengan dapur, rice cooker, heater, tv, massage foot, tempat barbique dan kelengkapan bilik tidur...amat sesuai untuk yg berkeluarga...selesa dan amat memuaskan...cuma satu jer menjadi masalah kepada kami iaitu air yg terlampau sejuk...hu..hu...Menggigil setiap kali terkena air yg bagaikan ais....

Aktiviti seterusnya ialah melawat Strawberry farm mesilou sosompoton....walaupun tak sebesar ladang srawbery di cameron highland tapi Kami tetap dapat Merasa suasana sebenar berada di situ...Lebih2 lagi tempat ni...memang berada betul2 di Kaki gunung yg berkabus...Agak terkilan apabila buah strawbery tidak dapat di petik dengan banyak kerana belum masak sepenuhnya...

Pokok2 strawbery masih di peringkat awal penanaman...


Mereka ni sedang mengikat Sayur yg berupa pucuk timun untuk di jual kat pemborong...Bagi aku...ini lah pertama kali aku dapat mengetahui pucuk timun boleh di buat sayur...untuk merasa aku beli lah 1 ikat dengan harga 50 sen jer...ha..ha...murah.murah...Kononnya nak masak lah....tapi hampeh...sampai Homestay jer terus masak maggie. Niat yg berkobar2 untuk masak sebentar tadi hilang sekelip mata...



Sebahagian Drp homestay yg ada di kampung mesilou kundasang yg sempat aku snap...
homestay ni betul2 berada di kaki gunung kinabalu sehingga aku dapat rasakan angin yang kuat dan amat sejuk sekali...

Lagi homestay yg ada di situ....
merupakan satu2 nya homestay yang berada paling tinggi dan berdekatan dengan padang golf...


Masa ni baru pukul 5 ptg tapi nampak agak gelap menandakan hujan akan turun dan sekejap lagi waktu magrib akan berkumandang...terus kami balik ke homestay sebelum tu...kami singgah dulu kat kedai runcit. Beli lah apa2 yg patut untuk di makan pada malam nanti....maggie and minuman 3 in 1 jadi sasaran kami...nak makan kat luar, cuaca tak mengizinkan...tidur lagi bagus...Zzzzz....Zzzzz...rest minda for tommorow...

"worrying about the dunia is darkness In heart while worring about the akhirat is the light in the heart..."