BUKIT TINGGI PADANG - Day 2

Hai selamat pagi...

Hari ini masuk hari yang ke dua kami di Bukit Tinggi Indonesia. Pagi-pagi lagi kami sudah bangun untuk meneruskan perjalanan yg telah di rancang oleh Pak Helmi. Yang pastinya hari ini kami akan di bawa ke kedai pakaian, tempat sulaman, kilang membuat pisang salai dan melawat istana pagar ruyong tetapi sebelum tu kita breakfast dan jalan-jalan dahulu di sekitar hotel.

jom layannnn....

Hotel penginapan kami

Depan receptionist

Suasana pagi yg indah menceriakan perjalanan kami yg akan bermula sekejap lagi. Tidak ketinggalan aku mengambil peluang bergambar di hadapan receptionist kaunter sebelum breakfast.

Menu breakfast kat hotel

Haaaa...ini lah menu sarapan pagi kami iaitu Nasi goreng & Bihun goreng. He2...rasanya biasa2 jer...makan sekadar mengalas perut


For u all....makan kenyang2 yer.lepas ni kita nak jalan jauh ni.

Front hotel Ambun Suri

Pagi-pagi lagi perniaga ini sudah membuka jualan masing-masing di depan pintu masuk hotel kami. Antara barangan yg di jual ialah telekong, blouse, t-shirt, beg, kain sulam, aksesori dan gift. Sementara  menunggu Pak Helmi sampai, kami sempat mencuci mata dengan barang jualan ini untuk seketika. Harga yg ditawarkan agak mahal juga tetapi jika pandai mengambil hati diaorang, harga yang paling murah akan dapat kita perolehi kat sini. So sapa-sapa yg pandai bodek, dia lah yang untung.

Bergambar bersama-sama sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya

Sementara menunggu driver datang, kami sempat posing-posing dan tinjau di sekitar bandar bukit tinggi yg berdekatan dengan hotel. Untuk ke bandar ini, kami hanya berjalan kaki sahaja dengan jarak tidak sampai 500 meter. Walaupun tidak jauh tetapi ianya amat memenatkan memandangkan jalan ke arah sana agak meninggi dan membukit. Dengan semangat yang ada kami teruskan juga perjalanan demi melihat suasana yang ada diwaktu pagi dalam bandar tersebut.

Semasa kami sampai, Kedai-kedai dan pasar belum dibuka sepenuhnya. Kami hanya meninjau dan bersiar-siar serta mengambil gambar.Jom kita tengok aksi masing-masing.macam-macam gelagat diaorang tunjukkan tapi aku maintain cool jer. haha

Masing2 ceria dan happy. Maklumlah baru masuk hari ke 2. masih banyak tenaga yg tersimpan.

Bergambar bersama Upin dan Ipin

Ini posing yang terbaik bagi kami. Rupanya kat sana, ada juga UPIN & IPIN. Bagaikan tak pernah jumpa, kami terus serbu untuk bergambar. Aduss..bau nya kurang menyenangkan tapi kami tahan juga sebab nak bergambar punya pasal. Walaupun bauhampak’ (naik pening di buatnya), bayaran untuk bergambar perlu dilunaskan yang mana harga yang telah ditetapkan adalah RP10,000 sekali posing. 


Ini merupakan Pasar Atas yang menjadi tempat yang popular untuk membeli belah. Di dalamnya terdapat banyak lot-lot kedai yang menjual perlbagai jenis barangan terutama kain sulam, telekong, beg, pakaian wanita, kanak2, aksesori dan gift. Kami hanya melihat dari jauh sahaja memandangkan pada masa ini pasar belum di buka lagi.

lima sekawan...bergambar bersama2 dengan memperlihatkan kedudukan aksi dan gaya masing2..

The 1st. destination shopping ialah kat Butik Soraya


Suasana di depan butik soraya

kain sulaman dan telekong banyak di jual di sini...emmm harganya boleh lah tahan...wpun begitu kami rasa berbaloi shopping kat butik ni kerana kainnya berqualiti serta sulamannya yg kemas dan cantik.

haaa..tengok tu..iza nampaknya dah berkenan dengan kain tu...pandai pulak si penjual tu mengoda iza...


kak gayah dan wani ambil kesempatan berehat sekejap...
di belakang terdapat kain2 yg di pamirkan untuk di jual....cantikkan?



Dari butik soraya kami meneruskan perjalanan ke NGARAI SIANOK dimana tempat pisang salai di buat...sebelum sampai di sana...kami sempat singgah kat kedai yang menjual pelbagai jenis makanan ringan yg berupa kerepek...
Ada kerepek yang sama kat m'sia dan ada kerepek yg tak pernah kami lihat....dan untuk merasai kerepek tersebut..kami membeli beberapa jenis kerepek untuk alas perut ...almaklum lah perjalanan kami masih jauh dan terpaksa merempuh lereng2 bukit yg agak curam dan berliku...


tak kira tempat...dlm kedai kerepek pun jadi lah...ha2..begitu gelagat kay, iza dan oya apabila bergambar.

kay : amacam ngan kerepek ni?ok rasanya?
iza & oya : belasah je ;ah kay..yg ptg dlm van nanti ada benda yg boleh di ngap...ha22..

Apa masalah oya ngan k.som nisorang ke kiri..sorang kekanan….muka masing2 berkerut seribu. Camalya kat tengah kelu tak terkata. Mia lagi lah.....hahaha



Destinasi yg ke 2 ialah ke Butik Sulaman Hj Rosma

Satu tempat lagi yg menjadi persinggahan kami ialah ke Butik Sulaman Hj Rosma...ini merupakan tempak membuat sulaman yang termasyur di Bukit tinggi. Ramai pelajar2 dari Malaysia datang ke sini untuk belajar membuat sulaman terutama dari kelantan...sulaman yg di buat memang cantik dan kemas...kami merasa kagum dengan hasil seni mereka yg luar biasa itu.mpat lagi


Aku cuba mempersembahkan hasil seni yg di pendam sekian lama...
haa22..tengok lah...kreatifkan??


gambaran dari dekat hasil kreativiti mereka...yg ini belum di siapkan sepenuhnya...


amboooii...sempat lagi diaorang ni bergambar di depan pintu masuk Butik...

mia, iza, kay & oya : peluang macam ni jangan di lepaskan....


Gambar ni di ambil semasa on the way ke tempat pisang salai...pemandangan yg luar biasa cantik..membuatkan kami teringin... bangat untuk snap gambar...
Pak Helmi terpaksa memberhentikan mobilnya di lereng bukit (sungguh membahayakan..) semata2 untuk memberi peluang kepada kami mengambil gambar...hasilnya..ini lah lihat lah gambar kat atas tu...betul2 di tepi bukit...


Tempat bacuh kopi

Akhirnya sampai juga kami kat tempat yg di tuju...setelah mengharungi perjalanan selama 1 jam. Di sana kami dapat lihat sendiri bagaimana pisang salai itu di buat secara tradisiona...org kata pisang salai kat sini paling best...emm memang best pun...Sebelum berangkat ke destinasi seterusnya...kami sempat menikmati kopi original yg disediakan secara percuma oleh mereka....yang seronoknya kat sini...sesiapa yg mahu minum kopi...hendaklah dibacuh sendiri kopi tersebut...emmm..harumannya amat menyegarkan...kami minum sambil menghirup udara segar yg begitu menyamankan...hilang segala stres yg ada kat malaysia..he2...

aku merupakan peminat tegar kopi..




Rehat jap..sempat merakamkan aksi-aksi yg menimbulkan pertanyaan di hati masing. Bersantai sambil rehatkan badan...semua dah tersadai bagaikan melepaskan satu keluhan yg panjang...apa kah keluhan itu mungkin "mengembirakan, melucukan, meresahkan, memenatkan dan merisaukan...?" apa2 pun kita perlu bangkit untuk meneruskan travelling yg berbaki 2 hari lagi...

Ini lah van membawa kami sepanjang beada 4d3n di sana...



Dari pisang salai kami meneruskan perjalanan ke Istana pagar ruyung...tapi sebelum tu...kami singgah dulu di Restoran pondok flora untuk makan tengahari...

Restoran in terletak di tengah2 sawah padi yg dibawah nya terdapat kolam yg luas untuk bela ikan...mak aaiii..cantik sungguh pemandangan di sini...sungguh mendamaikan,,,

Yang bestnya...kami dapat melihat dengan lebih dekat pokok padi yg menguning dan pesawah yg tengah membanting tulang memukul padi untuk di leraikan dari tangkainya...

kaedah tradisional ini...menjadi tumpuan utama kami...sungguh kami amat teruja...maklum lah...kat malaysia kaedah seperti ini sudah tidak di gunakan lagi...semua ini sudah menjadi nostalgia bagi kami...


pesawah sedang memukul padi untuk dileraikan dari tangkainya...respek betul lah...bukan senang nak wat keje ni..hu22...

kami beriringan memasuki restoran


banyak lauk pauk yg terhidang...tak tahu yg mana satu nak di pilih..



Begini lah hidangan yg biasa kita lihat apabila sampai  di indonesia...
banyak sangat lauk yg terhidang...mgkin ini salah satu budaya mereka apabila meraikan tetamu yg jauh datang...

kat sini kami berhabis sebanyak Rp226000 @ Rm80...
agak murah lah...

bergambar selepas makan..
Gambar yg paling indah dan penuh nostalgia...cantikkan??

tidak ketinggalan kereta kuda sebagai pot kami untuk bergambar

bergambar sorang2...(nak rasa feel dgn suasana kat kg)
bukan apa sebenarnya untuk ambil gambar permandangan kat belakang tu jer...teruja betul ngan sawah padi...



SELAMAT DATANG KE ISTANA PAGAR RUYONG


Selesai mengalas perut pak helmi membawa kami ke "Istana pagar ruyong" Yg terletak di daerah Batu sangkar. Kata pak helmi, istana ni Adalah sejarah peninggalan Raja2 dahulu. Ia berbentuk seperti rumah minang tapi ianya lebih besar dengan design yg begitu unik dan kemas. Kami terpaksa mendaki beberapa anak tangga untuk sampai ke istana tapi masa ni kak som dan kak zu surrender....ha2...tak larat lah tu...Kami teruja untuk memasuki istana tersebut tapi sayang...."Under construction"....kami tak di benarkan masuk dan hanya tinjau dari luar sahaja


Bergambar kenangan di hadapan istana pagar ruyong

Walaupun waktu ni agak panas membahang tapi kami masih lagi bersemangat untuk bergambar. Yg sedikit terkilan kat sini ialah kami tidak memasuki istana Tersebut kerana under construction....emm kalau dapat masuk kan best.




Giler panas ni...tapi tak per....tahan....tahan....
Demi nak bergambar punya pasal

Gelagat perniaga di hadapan Istana Pagar Ruyong

lucunya kat sini kereta tolak di jadikan tempat berniaga....emm...cerdik juga idea diaorang ni..tak de lah susah2 nak mengangkut barang bila dah habis berniaga...


Bergambar di hadapan pintu masuk istana pagar ruyong.....
cross lah jalan tu...tunggu apa lagi...
penakut betul diaorang ni...
kalau di KL bukan main terror lagi...

di seberang jalan sana ada menjual pelbagai design gift dan aksesori....
ianya amat sesuai kepada sesiapa yang ingin memberi gift tersebut sebagai buah tangan kepada   famili dan kawan2 yg berada di malaysia....



aku bergambar berlatarbelakang kan Tasik Singkarak yg terletak di daerah padang panjang kota solok sumatera barat. Tasik ini paling besar dan panjang....kata Pak Helmi panjang tasik ini ialah 21 km dan lebarnya 7 km. wahh...macam tak caya lak....panjang tu...

aksi aku dengan keterujaannya....

Begitu indah ciptaan mu...Ya Allah
Kebesaran dan Kekuasaan mu tiada bandingnya....


Kami sempat singgah di gerai buah-buahan yg berada berhampiran dengan tasik singkarak

Pak Helmi : pantas sikit ya...ada satu lagi butik yg akan kita kita kunjungi lepas ni...takut tak sempat dah nak sore dah ni

Kami : ye...yer lah pak helmi....tapi bagi lah kami pilih buah dan bergambar dulu



last destination kami pada hari yg ke dua ialah di Butik Sulam & bordir "OKE"....Sambil menunggu diaorang shopping....sempat lagi aku dan kay bergambar di depan pintu masuk butik.....tak der keje lain nampaknya aku ni....masa ni pak helmi yg jadi tukang snap gambar


muka iza dah nampak letih semacam dah tu....tahan yer...lepas ni kita gi makan

Oya sempat lagi senyum walaupun tak larat. aku...cam biasa lah...sukar nak tafsirkan apa yg tersirat..he2. Kak gayah sentiasa lemah gemalai dalam memilidan setiap pilihannya adalah tepat ( untuk dia jer...he2)


Susah betul nak cari untuk orang kirim.....sulaman goyang ni dah ok...tapi mahal lah pulak...nak ambik ke tak ekk? Susah2 aku belasah jer...



Kami dan penat tahap gaban
Duit dah nak pokai berhabisan....
Petang dan menghampiri ke malam.....
Perut dah main muzik ala-ala hindustan....
Bersabar....banyakkan bertahan....

Atas permintaan ramai.... Pak Helmi telah membawa kami dinner kat "Restoran sederhana masakan padang" yg ada menyediakan menu masakan panas
and the most important thing is having teh tarik and murtabak yg sedap tu...


Tu dia murtabak dah sampai...
harga nya Rp13000



me sup seperti yg di minta....


Nasi goreng dengan telor dadar...jangan banyak komen yer...makan jerr



Kak gayah : boleh lah drp tak ada
wani : kalau mak tak nak bagi kat wani jer lah...


Oya : rasa sikit boleh tak? Oya punya belum sampai lagi lah....

kay & mia : @#$?!£&....

kat sini kami berbelanja sebanyak Rp254000 @ Rm 90....okay lah tu...murah...murah....

Day 3


"Berbahagia lah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya...menjadi pemandu untuk nafsunya...dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya..."

6 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
    Replies

    1. Terima kasih....

      InsyaAllah akan saya contact en. Amsyahril dan bagitahu kawan2 yang ingin berkunjung ke indonesia

      Delete
    2. Terima kasih banyak atas support dari kakak, semoga Allah membalasnya sebagai amal ibadah hendaknya amiin.......

      Delete
  2. Salam,Nice entry!!!
    Saya juga ada menyediakan ground pakej ke Padang Bukittinggi Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
    Pelbagai pakej ke Padang Bukittinggi untuk anda. Kami akan guide anda dari anda menjejakkan kaki ke bumi Padang sehinggalah anda meninggalkan bumi Minang.
    Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
    Sebarang pertanyaan akan kami layan.
    Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info tentang Padang Bukittinggi:

    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. assalsmualaikum...boleh bagi saya no pak helmi..emailkan ke sapiah_hashim@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam....06281363201715 no pak helmi, pak supir kami semasa kat bukit tinggi padang

      Delete