TRIP TO KRABI & HATYAI (DAY 6)

Tarikh : 24 Januari 2023 (Last day) 

Assalamualaikum,

Hari ini adalah hari terakhir kami di bumi Thai dan tiba masanya kami perlu pulang ke tempat asal untuk menunaikan kewajipan yang diamanahkan. Sesungguhnya percutian kali ini amat bermakna dan memberi pengalaman yang baharu kepada kami. Sedikit sebanyak kami dapat belajar budaya dan cara hidup orang disana. Ok lah jom kita check out. 

Kami perlu bererak seawal pagi yang mungkin lerana perjalanan balik ke Malaysia mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang 7 jam. Jadi seawal pukul 5 pagi kami sudah bangun untuk bersiap2 dan kemas beg untuk check out hotel. Kami checkout hotel pukul 7 pagi 

Breakfast Dimsum Chabura Hatyai

Sarapan pagi di sini memang tidak mengecewakan dan Pelbagai pilihan menu disediakan. Sudah tentu menu utama adalah dimsum. Ramai rakyat malaysia datang makan kat sini dan ianya sangat meriah. Kami telah memesan menu kegemaran masing2 iaitu dimsum, nasi kerabu, nasi goreng ayam kunyit dan roti canai. Rasanya memang sedai dan berbaloi dengan harga yang di. bayar dengan suasana tempat yang selesa. Kami telah berhabis kat sini sebanyak RM63.00.

Pintu masuk restoran Dimsum Chabura

Suasana orang ramai dalam restoran ini


Nasi kerabu yang mengiurkan


Menu dimsum yang pelbagai pilihan







Selesai breakfast kami terus menuju ke imigresen Bukit Kayu Hitam untuk pulang ke Malaysia yang mengambil masa selama 1 jam untuk sampai. Sebelum masuk imigresen, kami sempat singgah di pekan Danok untuk membeli barang dan makanan ringan untuk di bawa ke Malaysia. Di pekan Danok ini kami Menghabiskan duit bath dengan cemerlang. 

Tamat sudah percutian kami ke Krabi & Hatyai selamat 6 hari 5 malam yang begitu mencabar masa dan tenaga. Namun begitu, ianya  amat menyeronok kerana percutian ini memberi pengalaman baru bagi kami dan tidak akan dilupakan sampai bila2. 
Jumpa lagi kita di lain destinasi. 

DAY 5          DAY 1


TRIP TO KRABI & HATYAI (DAY 5)

 Tarilh travel : 22 Januari 2023

Assalamualaikum dan Selamat pagi, 

Hari ini kami meneruskan perjalanan untuk menerokai bumi Thai di Hatyai. Trip ke hatyai ini adalah kali yang ke 3 bagi aku. Walaupun banyak kali datang ke hatyai, aku tidak pernah bosan dan puas kerana hatyai ini merupakan syurga makanan dan yang penting banyak tempat shopping. 

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah di Tamrab muslim halal untuk breakfast. Restoran ini menjual pelbagai jenis menu seperti roti canai, nasi campur, mi celup, nasi kerabu dan banyak lagi. Ianya menjadi tumpuan orang ramai terutama pelancong dari Malaysia. Pembayaran adalah berkonsepkan kupon. Anda perlu membuat pembayaran untuk ambil kupon di kaunter dan menggunakan kupon tersebut untuk membeli makanan. Baki kupon yang masih berbaki boleh tuntut di kaunter. 

First time masuk kedai ni, aku sedikit pening dan keliru proses cara bayar. Huhhh... 

Gerai Roti canai

Gerai mi sup / mi celup


Kami belanja makan kat sini 260 bath / RM35

Nyum - nyum
Mi celup my fav

Menu pilihan makan pagi kami

Cable car Hatyai

Destinasi seterusnya ialah menaiki cable car yang terletak dalam Municipal park, hatyai.Bayaran masuk adalah RM40 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak2. Jalan untuk ke station cable car agak tinggi dan berbukit. Ianya terletak betul2 atas puncak bukit. Kami ke station cable car dengan menaiki kereta dengan jarak dari bandar hatyai adalah 6km.

Impian kami untuk menaiki cable car tidak kesampaian kerana cable car tersebut under construction. Agak mengecewakan namun begitu kekecewaan ini dapat diatasi apabila melihat view bandar hatyai yang cantik dari atas puncak ini. Kat atas ini juga terdapat patung buddha yang besar & tinggi serta dijadikan tempat upacara keagamaan. 

Kawasan Parking car agak luas

Station cable car


Cable car under construction









Songkhla Zoo

Destinasi yang seterusnya ialah ke Songkhla zoo dengan bayaran masuk untuk 3 dewasa dan 1 kanak2 adalah 570 bath / RM75.00. Yang istimewa kat zoo ini ialah kami boleh membawa kereta masuk ke dalam so tak de lah letih kami berjalan. Pelbagai jenis haiwan yang ada dalam zoo ini dan amat sesuai untuk kanak-kanak. 

Kami dapat melihat dan melawat burung, gajah, hornbill, ular, buaya, monkey, orang utan, harimau, singa, ikan, rusa, zirafah dan banyak lagi. Disini juga disediakan kemudahan asas seperti toilet dan tempat rehat. Ada juga gerai2 yang menjual makanan dan minuman. Kmai luangkan masa di sini hampir 2 jam. Seronok juga zoo songkhla ini. Berbaloi dengan bayaran yabg dikenakan. 

Map Zoo Songkhla

















LUNCH KAT RESTORAN SUBAIDAH SEAFOOD



















MASJID SONGKHLA















NIGHT MARKET LEE GARDEN

















DAY 4           DAY 6