KUNDASANG DAN KOTA KINABALU, SABAH 2022 (DAY 2)
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
Jom kita mulakan perjalanan dengan Bismillah dan semoga hari ini lebih baik dari semalam. Ini adalah doa dan harapan kita untuk menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. Aku mengharapkan perjalanan pada hari yang ke dua ini lancar dan baik-baik sahaja.
Untuk breakfast pagi ini, kami menyediakan hidangan nasi lemak yang dimasak sendiri oleh kaum ibu. Pagi-pagi lagi kami sudah bangun untuk menyediakan sarapan pagi. Respek lah ngan kaum ibu ni.Semuanya rajin memasak. Sememangnya makanan yang dimasak sendiri jauh lebih sedap dari dibeli dikedai dan yang penting kebersihan adalah terjamin.
Jom breakfast dulu sebelum kita ronda-ronda keliling rumah.
Hidangan sarapan pagi : nasi lemak dan jemput malas.
Sarapan pagi sudah terhidang
Selepas breakfast kami ronda-ronda keliling rumah untuk melihat view dan suasana pagi di homestay ini. Maklumlah semasa check in malam tadi memang memang tidak dapat melihat view dengan jelas. So pagi ini kami cepat-cepat mengambil gambar view homestay berlatarbelakangkan gunung kinabalu sebelum gunung ini ditutupi oleh awam dan kabus.
Masyaallah cantik view homestay ini. Ianya dikelilingi oleh tanam-tanaman yang segar serta terletak di atas bukit yang belakangnya terhidang view gunung kinablau yang tersergan indah. Kedudukan homestay ini amat privacy dan jauh dari keriuhan orang ramai. Kami bebas untuk bermain dan mengambil gambar kerana hanya kami sahaja yang berada disini.
Begitu indah cuaca pada pagi ini
Ini adalah view homestay yang kami menginap selamat 3 hari 2 malam
Tanaman sayur-sayuran yang segar dan subur dihadapan homestay.
Gambar family's rosliza
Kids
Video view homestay Nangkailai
DESA DAIRY FARM
Aktiviti pertama pada hari ke dua ialah ke tempat yang paling famous di Kundasang dan semua pengunjung wajib akan ke sini jika dah sampai di Kundansang iaitu Desa Dairy Farm. Tempat ini merupakan satu kawasan ladang tenusu lembu yang dijadikan tempat pengeluaran susu lembu segar yang utama di Sabah. Terdapat pelbagai produk yang dijual berasaskan tenusu ini dan aktiviti-aktiviti yang dihidangkan untuk pengunjung seperti melihat bagaimana susu di proses dan dibungkus, memberi minum anak lembu dan menghayati pemandangan yang indah disekitar dairy farm.
Untuk masuk ke sini, anda perlu membuat tempahan tiket secara online terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk. Bayaran secara kaunter tiada lagi disediakan. Memandangkan aku tidak membuat kajian lanjut berkaitan cara booking tiket dan aku merasakan masih menggunakan cara yang lama, aku tidak membuat tempahan secara online dari awal. Oleh itu, apabila sampai di sana, aku agak terpinga-pinga apabila diminta membuat tempahan secara online dan terpaksa bertanya apa website yang perlu di login untuk membuat tempahan ini. Agak kelam kabut sikit kerana waktu ini kenderaan agak banyak dan tiada tempat untuk parking. Nasihat aku sekiranya anda ingin datang ke sini, anda perlu membuat tempahan online awal-awal agar tiada kejadiah seperti yang kami alami ini berlaku dan perjalanan untuk masuk ke dairy farm berjalan dengan lancar. Website yang anda perlu lawati untuk membuat tempahan tiket secara online adalah https://farmbooking.desaplus.com/
Harga tiket untuk dewasa adalah RM5.00, kanak-kanak adalah rm4.00. Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun dan orang tua adalah percuma.
Bergambar dahulu di hadapan pintu masuk dairy farm sambil menunggu tempahan tiket dibuat. Memandang kami sampai di sini lewat pukul 9.30 pagi, view gunung kinabalu sudah ditutupi oleh awam yang nampak hanya pokok-pokok dan anak bukit sahaja. Pesanan saya juga, anda perlu datang awal pagi untuk melihat keindahan gunung kinabalu di kawasan desa dariy farm ini. Pengorbanan diperlukan untuk mendapatkan satu keindahan.
Aktiviti memberi minum anak lembu : Anak-anak lembu kekenyangan kerana terlampau ramai sangat yang memberi minum susu kepadanya.
Tempat pengeluaran dan pemprosesan tenusu serta kafe jualan barang-barang tenusu: Orang ramai beratur panjang semata-mata untuk membeli barang makanan berasaskan tenusu.
FISH MASSAGE SUNGAI MOROLI, KG LUANTI
Destinasi yang seterusnya ialah ke Sungai Moroli untuk melihat dan merasai bagaimana ikan-ikan yang ada dalam sungai tersebut menggigit kulit kaki yang mati.Perjalanan daripada desa dairy farm ke sini mengambil masa selama 1 jam 20 minit dengan memandu kereta. Harga tiket untuk masuk kesini dengan merendam kaki sahaja adalah dewasa RM5.00 dan kanak-kanak RM2.00 manakala caj untuk mandi adalah RM10.00. Kami hanya mengambil pakej untuk rendam kaki.
Kami sampai di sini lewat pukul 12.30 tengahari dan pada waktu ini cuaca agak panas dan membahang. Namun memdandangkan kawasan ini diliputi oleh hutan dan pokok-pokok serta sungai, rasa panas tersebut dapat dikurangkan. Sebelum sampai di sungai, kami perlu melalui lorong yang di sebelah kiri nya terdapat gerai-gerai menjual makanan, mainan, peralatan mandi dll. Dari jauh kami sudah nampak ramai pengunjung yang datang melakukan aktiviti merendam kaki dan dikejauhan juga kami dapat melihat banyak ikan-ikan yang berpusu-pusu di kaki untuk menggigit mangsa.
Sebaik sampai, kami terus masuk ke dalam sungai untuk merasai gigitan kaki oleh ikan-ikan tersebut. Pada masa ini anak-anak lah yang paling gembira walaupuan pada awalnya mereka takut. Kami dapat melihat banyak ikan mengelilingi kaki kami dan merasa agak geli dan sakit apabila digigit terutama dari ikan yang besar. Aku agak pelik, mengapa ikan-ikan di sini agak jinak dan tidak takut dengan kami?