Trip to Hanoi Day 4

Day 4 (Last day)

Memandangkan flight  balik ke KL pukul 2.50 petang, kami mengambil peluang berjalan-jalan dan shopping disekitar bandar Hanoi untuk yang terakhir kali. Bagi budget yang ciput seperti kami ini,  perlu menggunakan masa yang sepenuhnya dan tidak akan lepaskan begitu saja. 

Ok kita bersiar2 dahulu kat bandar Hanoi.Pada mula kami terkejut sebaik tiba di tengah-tengah kota Hanoi kerana ianya  kelihatan sunyi dan jauh dari kesibukan lalu lintas.Kami difahamkan, jalan ini ditutup pada hari tersebut tapi tidak pasti dengan tujuan apa.

Kalau ikutkan semalam, jalan raya ini begitu sibuk dan sesak sehingga sukar bagi kami untuk melintas tapi sekarang..nah... lihat saje. Boleh posing dan baring. 

Jom kita ronda2 bandar Hanoi dan mencari barang keperluan yang tidak sempat dibeli sebelum ini.


 posing di tengah2 jalan raya

pelbagai gaya

Jalan raya ini paling sibuk pada hari biasa tapi hari ini ianya ditutup jadi aku dengan beraninya berada ditengah jalan.

Tu dia

berlatarbelakngkan tasik Hanoi...nampak mcm sejuk kan..

Bila dilihat pada pandangan mata kasar, Hanoi sebenarnya banyak membekalkan barang-barang keperluan jahitan terutama riben, manik dan dan sulaman. Pelbagai rekabentuk manik dan sulaman yang dijual disini dan harga amat murah sekali. Teruja sekejap sebaik sahaja masuk kedai seperti ini. Yer lah aku ni memang minat sangat dengan manik dan sulaman walaupun sudah lama bersara dari membuat kerja-kerja jahitan ini.

Jom kita masuk kedai manik dan sulaman dulu,



Kedai menjual barang2 keperluan jahitan terutama manik dan sulaman.

pelbagai jenis sulaman terhidang didepan mata

sangat murah

Tersimpuh dalam kedai kerana sukar untuk membuat pilihan. Smuanya cantik-cantik.

Hanoi juga terkenal dengan kopi nya yang tersendiri. Tidak sah jika sampai di Vietnam tidak merasai kopi yang dibuat sendiri oleh orang vietnam dan tidak dibawa pulang ke Malaysia. Kami meneruskan misi mencari kedai yang menjual kopi serbuk dan 3 in 1. Jenuh juga mencarinya. Oleh kerana kemahuan mengatasi segalanya, yang susah akan menjadi senang jika ada usaha. Akhirnya kami menjumpai kedai menjual kopi tersebut. 

Jom kita shopping kopi pulak.

Kedai yang menjual kopi vietnam. Pelbagai jenis dan gred kopi yang di jual. Kalau yang mahal tu sudah tentu kopi yang berqualiti dan sedap.

Kopi segera pun ada. Kami pilih yang ada tanda halal sahaja.

kopi dalam botol tu adalah jenis serbuk kopi yang pelbagai gred dari yang murah kepada yang mahal


Jangan lupa, Hanoi buka saja terkenal dengan sulaman dan kopi tetapi juga ianya pembekal utama bra wanita. Sebaik melangkah ke dalam kedai ini, baru saya tahu bahawa bra yang dijual adalah diperbuat daripada fabrik yang berqualiti dan yang penting teramat murah. Kalau dekat Malaysia hargai yang paling murah yg boleh kita perolehi bagi bra yg berqualiti adalah RM35  ke atas tapi di sini kita boleh perolehi dengan harga serendah RM12. 

Kesimpulanya di sini, saya amat menyesal kerana hanya membeli dua pasang sahaja. Jadi kepada sesiapa yang akan ke Hanoi, jangan lupa grab benda ni. Amat puas hati. Kalau lelaki tu beli lah dekat mak, adik dan isteri tersayang.

Tak disertakan gambar kerana ianya agak sensitif. hihi...

Setelah selesai shopping, kami terus balik hotel dan kemas apa yang patut untuk check out. Tepat pukul 11 kami bergerak ke airport dengan menaiki teksi yang telah ditempah siap-siap melalui aplikasi rideways. Selamat tinggal Hanoi. Kita jumpa lagi di next trip. Kemana kita lepas ni...

Trip to Hanoi Day 3


Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Hari ini hari yang ke 3 kami di Hanoi. Banyak lagi tempat yang perlu kami explore dan semestinya ianya satu tempat yang menjadi idaman setiap orang apabila sampai di bumi Hanoi ini. Tempat yang kami ingin pergi pada hari ini adalah di daerah Ninh Binh. Aku akan ceritakan dengan lebih lanjut dibawah ini berkenaan dengan Ninh Binh


Seperti biasa kami menunggu kedatangan tour guide untuk pergi ke Ninh Binh. Kali ini kami hanya menaiki mini bas yang saiznya lebih kecil daripada semalam dan sudah tentu ia nya dalam komuniti group yang kecil. Group kami kali ini dari pelbagai bangsa dan negara. Hanya kami berdua sahaja bangsa melayu. Islam dan bertudung. Ok lah jom kita layari cerita perjalanan dan pengalaman aku sepanjang di Ninh Binh. Dua tempat yang akan kami lawati iaitu Bai Dinh Pagoda dan Trang An caves.

Jarak perjalanan untuk sampai ke sini mengambil masa selama 2 jam sejauh hampir 100km. Kami pergi menaiki mini bas dan akan berhenti di satu perhentian khas selepas sejam perjalanan, Perhentian ini ada menyediakan cafe, jualan barangan, toilet dan tempat berehat.

Jarak perjalanan dari hotel ke Bai Dinh Pagoda

Bai Dinh Pagoda 

Merupakan tempat tokong agama Budha terbesar bukan sahaja di Vietnam tetapi seluruh Asia Tenggara. Didalam nya terdapat 500 patung batu yang dipanggil 'La Han' (Arhats), 2 loceng gangsa dan 3 patung gangsa Tam The. Kami perlu mengunjungi kerana ini adalah sebahagian daripada pakej yang ditawarkan dan tempat perhentian yang wajib bagi sesiapa yang pergi menggunakan ejen. Namun begitu tempat ini tidak mengecewakan kerana sepanjang perjalanan menuju ke Pagoda, kita dihidangkan dengan view yang cantik dan ukiran bangunan yang begitu antik.

Kalau dilihat dari jarak jauh, pagoda terletak betul2 di atas bukit dan untuk sampai ke sana kita terpaksa mendaki banyak anak tangga. 

Tempat perhentian untuk ke Pagoda - kaunter tiket ada di sini.

Sekadar bergambar

Tiket untuk ke Pagoda...

Sebelum kita masuk lebih jauh elok rasa nya tengok map ini dahulu supaya kita boleh hadam dan faham arah perjalanan yg nak di tuju.


Map sebagai panduan supaya kita boleh nampak secara jelas kedudukan temple dan arah perjalanan. Ok terlebih dahulu, kita perlu naiki bus elektrik yang telah disediakkan khas untuk masuk ke dalam. jOM kita explore ke dalam...


Disediakan bus mini yang menggunakan kuasa elektrik untuk bergerak....termasuk dalam tiket

 Agak selesa kerana boleh melihat view dan angin yang sepoi2 bahasa gitu...Perjalanan mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk sampai ke destinasi.
Lambang pintu masuk ke tempat Patung budha dan Pagoda

Nun ke arah sana kami akan menampak ke arah Three internak gate... nasib baik kasut yang aku pakai ini amat selesa dan tidak menyakitkan..

Dari arah pintu masuk...

Temple..,masih digunakan untuk upacara keagamaan...Kami hanya memandang dari jauh sahaja. Tourist yang lain semua masuk untuk melawat dan menjalankan upacara masing2...


Orang ramai menuju ke bell tower..
Dari atas menara...



Pemandangan dari Menara...

Tasik di tengah-tengah Temple...

Lagi temple yang dikunjungi. Temple ini dikenali The Kuan-Yin Hall dan ianya terletak di hadapan Fairy lake.

Orang masuk ke dalam temple, aku sibukkan diri mengambil gambar didepan fairy lake.

Hai...aku di sini.

Paling tinggi yang boleh kami sampai ialah di sini. Temple ni pulak dikenali sebagai Buddha Dharma Loard . Kami tidak dibawa oleh tour guide ke Pagoda mungkin kerana masa tidak mencukupi. Sekadar bergambar dari jauh sahaja.

Selepas melawat Pagoda, kami dibawa singgah ke satu restoran yang confirm tak halal...so kami hanya mengambil buah dan makan roti yang dibekalkan sebagai alas perut.

Ini dia tempat restoran yang kami singgah...Makanan memang mewah tapi sayang ia tidak menganggu emosi kami...

Trang An GRottoes

Tempat yg ke 2 adalah menaiki perahu menyusuri sungai dan gua sambil melihat keindahan alam semesta. Bayaran masuk aku tidak pasti berapa kerana ianya termasuk dalam pakej. 

Banyak perahu sedang manunggu kedatangan kami dan setiap perahu hanya boleh muat dalam 4@5 orang( mengikut saiz badan). Aku terus menaiki mana2 perahu yang kosong. Sebaik sahaja melangkah ke dalam perahu, pertama sekali badan perlu seimbang dan langkah perlu berhati2 supaya perahu tidsk terbalik.

Perahu yang kami naiki didayung oleh seorang makcik yg agak berusia tapi masih kuat dan penuh bersemangat. Aku sangat teruja kerana sepanjang menyusuri sungai, begitu banyak perahu yang membawa penumpang dari pelbagai bangsa dan negara. Memang sangat meriah ketika itu. Air yg jernih membuatkan aku teringin merasai kesejukan air itu dengan tangan dan menghayun ikut alunan air tersebut.

Tidak dinafikan bahawa kami bukan sahaja menyusuri sungai tetapi juga menyusuri gua yang dipenuhi oleh stalatit dan stalagmit. Bukan satu gua yang kami masuk tapi lebih dari 5 gua kami lalui...ini semua memberi pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan sepanjang berada di Hanoi.

Jom kita terokai sama-sama...



Disambut oleh sebatang sungai dengan metentasi jambatan untuk ke kauter tiket dan tempat menaiki perahu

Begitu ramai orang yg terdiri dari pelbagai bangsa dan negara

Tiket sudah dibeli

Tu dia perahu2 yang menunggu kedatangan kami. Pilih lah mana satu yang nak dinaiki.

Perjalanan menyusuri sungai pun bermula. Begitu banyak perahu yang menyusuri sungai dan agak sesak sikit.

Terlebih dahulu jaket keselamatan perlu dipakai bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini...

Perjalanan menghampiri ke gua...adakah ia perlu masuk ke dalam gua itu.

Takut pulak nak masuk gua ni....harap2 tiada lagi mimpi ngeri seperti mana gua yg kami masuk kat krabi-hatyai dulu. click here untuk merasai pengalaman aku memasuki gua tersbut.

Bismillah....Mulakan perkataan yang baik-baik sahaja. Moga selamat masuk dan selamat keluar.

Misi memasuki gua diteruskan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Gelap gelita... nasib baik ada lampu yang dipasangkan khas dalam gua ini.

agak selamat sebab ruang antara air dan bumbung gua agak besar dan luas. Boleh lah kami menikmati suasana dalam gua tersebut.

Lagi pemandangan..begitu cantik pada pandangan mata

Nampak begitu banyak perahu yang lalu lalang dan meyusuri sungai ini dengan membawa penumpang masing-masing.

Masuk gua lagi

Selepas menyusuri sungai dan gua, kami berhenti sekejap untuk dibawa melawati tempat-tempat lain disekitar tersebut dengan berjalan kaki. 

bergambar dulu sebelum berjalan...

Salah satu tempat yang menjadi tarikan orang ramai...Menrentasi jambatan yang diperbuat daripada buloh.

Melihat view sungai dari atas darat

Melawati perkampungan orang asli vietnam. Disini kita boleh melihat budaya dan cara kehidupan lama orang vietnam dulu-dulu. 

Bentuk rumah orang dulu-dulu...

Cara pemakaian orang asli vietnam

Peralatan yang sering digunakan pada masa dahulu..

Begitu banyak perahu yang menunggu kedatangan pelanggannya untuk ke last destination.

Perlu diingatkan bahawa perahu yang akan dinaiki hendaklah perahu yang sama sepertimana yang mula2 kita naik dulu. Bagi mengelak daripada kita keliru dan confius perahu yang mana perlu kita naiki adalah Kita perlu ingat nombor perahu tersebut. Ini kerana perahu yang sedang menunggu ditebing2 sungai adalah sama dan teramat banyak,

Amat penting untuk ingat nombor perahu yang telah kita naiki.

Dinner di restoran D'lions

Untuk destinasi yang seterusnya ialah kami dinner di D'lions Restoran yang dimiliki oleh orang islam singapore yang 100% dijamin halal. Terletak didalam Hotel Cosiana, ditengah bandar Hanoi. Tanda halal diletakan didepan pintu masuk hotel Cosiana. Pihak hotel sudah maklum apabila melihat kami datang dengan berpakaian kemelayuan dan bertudung. Sudah tentu ingin menikmati makan malam di restaurant tersebut. Jadi tidak sukar untuk mencari restoran ini.

Tidak rugi datang makan ke sini kerana menu yang disediakan memang sedap dan sesuai dengan tekak melayu. Biar mahal sikit asalkan yang kita makan tu puas dan berbaloi-baloi.

Pintu masuk hotel cosiana yang didalamnya da restoran d'lions


Antara menu yang ada...

Sotong goreng kunyit...memang sedap

Kangkong goreng belacan...Bagi pengemar sayur kangkong, elok order yer kerana rasanya agak mavelos...

Tomyam juga sedap

Air kelapa original

Hidangan kami pada malam itu

Night market Hanoi

Destinasi yang seterusnya adalah ke pasar malam yang terletak di dalam bandar raya Hanoi di Old Quarter. Jarak dari dari hotel kami ke pasar malam Old Quarter adalah 500 meter sahaja. Pelbagai barang ada di sini antaranya beg, kasut, aksesori, baju, toys, jam, pakaian lelaki/wanita/kanak-kanak dan macam-macam lagi. Pasar malam kat sini memang meriah dengan pengunjung terutama pelancong. Barang-barnag yang dijual biasanya adalah buatan tempatan dan hasilnya adalah berkualiti terutama kasut dan beg. Semasa urusan jual besi berlangsung anda harus pandai tawar menawar kerana harga yang diletak pada awalnya memang tinggi. Sekiranya anda pandai menawarkan harga, kemungkinan anda akan dapat separuh daripada harga asal.

Jom kita scroll gambar di bawah untuk melihat suasana pasar malam di Old Quarter.


Banyak toy dijual dengan harga murah di pasar malam ini. Rasa macam nak borong semua

Begini lah suasana dipasar malam Hanoi..amat meriah dengan orang ramai




Kasut pelbagai jenama terkenal banyak dijual di sini. Aku tidak lepaskan peluang unutk membeli kasut sport ini

Setelah penat menjelajah setiap sudut dan lorong pasar malam, kami mengambil keputusan untuk balik ke Hotel kerana waktu ini menunjukkan ke pukul 10 malam. Lagipun peniaga yang menjual barangan sudah bersiap sedai untuk menutup kedai masing-masing. Kami pulang ke hotal dengan barang penuh di tangan. Terpikir macamana nak bawa balik barang yang banyak ini.

Ok lah selamat malam semua...kita jumpa lagi esok dengan aktiviti perjalanan yang lain.