Trip to Hatyai Day 3

Checkout!

Good morning! Today is last day we are here....Time to check out. Pagi-pagi lagi kami dah berkemas dan bersiap sedia untuk checkout. Proses checkout berjalan dengan lancar. Jangan lupa ambil passport kat kaunter yer...

Memandangkan semalam parking penuh, kami hanya park kete betul-betuk depan hotel so senanglah sikit proses angkut-mengangkut ni.Setelah selesai semuanya kami meneruskan perjalanan mencari makan untuk sarapan pagi. Restoran yang ada dalam kepala aku adalah restoran Salma.Jom kita breakfast...

Breakfast kat Salma Restoran, Hatyai

Banyak pilihan menu malaysia kat sini antaranya nasi lemak, nasi goreng dan masakan panas, roti canai, mee goreng, bihun goreng, teh tarik, nescafe, kopi dan banyak lagi menu yang ada. Kepada sesiapa yang datang Hatyai, jalan lupa singgah dan rasa makanan kat sini. Memang sedap dan berbaloi. Lokasinya agak strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar Hatyai dan senang untuk akses.

Breakfast kami di sini..

impikan teh ais yang berbuih tu yang datang teh ais biasa. agak kecewa sikit kat situ

Time to shopping at Market Trade Center

Pasar yang terbesar di Hatyai yang menjual pelbagai barangan keperluan harian baik yang basah mahu pun yang kering. Merupakan pasar yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai baik dalam negara mahupun luar negara. Terletak di tengah-tengah bandar Hatyai yang menjadi laluan utama kenderaan menyebabkan pasar ini agak padat dan crowded dengan orang ramai.

Adalah menjadi satu kemestian kepada pelancong-pelancong datang dan singgah di sini untuk shopping. Pelbagai barang dijual disini antaranya adalah pakaian, kasut, hand beg, begpack, periuk belanga, beras, makanan ringan, t shirt, blous, skirt, tudung, remoah ratus dan banyak lagi. Kalau masuk ke dalam ni memang rambang mata dan sukar untuk keluar hihi...sebab semua nak beli.

Antara barang yang sempat aku grab seaweed, kasang gajus, paste tomyam bersama rempah ratus tomyam, tshirt, tshirt berkolar,jeruk nenas dan nisan. Jom tengok gambar di bawah...

Seaweed

kacang gajus

Paste tomyam...memang sedap

jeruk nenas

Hasil tangkapan

Antara barangan yang sempat di SHOPPING di bumi Hatyai...Kalau ikut hati banyak lagi barang yang nak di beli tetapi memandangkan ada hakangan ongkos disampaing masa yang tidak mengizinkan so ini lah sajer hasil tangkapan kami sepangjang 3 hari dua malam.

Prev Day 2 and Day 1

Trip to Hatyai Day 2

Hai, Good morning everyone.kita nak kemana hari ni? Apa-apa pun breakfast dulu lah yer.

Morning dari ilyana...front hotel

Breakfast di Restoran Kelantan, Hatyai
Jarak dari hotel ke restoran ini tidak lah jauh sangat hanya 350 meter sahaja. Restoran ini ada menyediakan menu sarapan pagi dan ada juga masakan panas. Di buka pada pukul 8 pagi hingga 10 malam.

Ramai pengunjung dari Malaysia yang datang makan disini. Terasa berada di negara sendiri pulak...tu yg tak rasa takut dan lebih selamat. 

Ok lah....menu pagi ini adalah nasi kerabu warna purple...haha first time tengok. Kat Malaysia pun memang takde warna ni...melihat pada warna yg menarik tu, sophea terus teringin nak makan nasi tersebut...haa

Selain dari kerabu, menu lain yg disediakan adalah nasi lemak, nasi kukus, nasi berlauk dan kuih muih berserta masakan panas disebelah petang bermula 1.00 pm. Aku amat suka restoran ni kerana murah, sedap dan ada suasana kelantan kat situ. So kami bayar untuk makan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak adalah Rm18.00. Murahkan....

Tu dia nasi kerabu purple + teh tarik

cepat makan...lepas ni.nak tgok gajah lak

Sebahagian menu yg disediakan.


Suasana kedai

Like father like daughters...

Reminder!
Kalau datang dengan kereta, pastikan kereta di parking ditempat yang betul. Parking pada tempat yang ada tanda larangan akan di lock tayar dan denda akan dikenakan.

Alhamdulillah, kami bernasib baik kerana parking bukan ditempat larangan walaupun kami parking ditepi2 jalan jer.

Jom kita gi riding elephant!


Chang Puak Camp, Hatyai

Chang puak camp adalah tempat pertunjukan binatang, menunggang gajah, menunggang kereta ATV, memanah, aktiviti menembak dan pelbagai aktiviti lasak dan mencabar. Terbuka kepada semua pelawat baik tempatan mahupun luar. Kebanyakan yang datang ke sini adalah untuk riding elephant.

Jarak untuk ke sini tidak lah jauh sangat . Ia mengambil masa selama 28 min sejauh 10 km dari hotel Aloha dengan menaiki kereta.

Dibuka pada setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Harga tiket bergantung kepada aktiviti yang diambil. Macam kami aktiviti yang diambil adalah menunggang gajah so rate tiket adalah RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Agak mahal juga lah tapi alang-alang datang dari jauh, kami teruskan juga aktiviti ini.

Bergambar dipintu masuk Chang puak camp.

Sebelum melangkah masuk, kami disambut oleh seorang jurukamera yang memang dikhaskan untuk mengambil gambar setiap pelawat yang hadir. Kami ikutkan sahaja kehendak mereka yang penting dia senang kita pun senang. Tujuan mereka adalah untuk menjual gambar berserta frame sebagai tanda kenangan. Biasa nya pakej sebegini jauh lebih mahal dari harga biasa. 

Sebahagian aktiviti yang disediakan dan tiket setiap aktiviti adalah berbeza. Ada guesthouse juga kat sini.

Suasana pagi disekitar Chang puak camp. Tidak begitu sibuk kerana waktu kami smpai adalah dalam pukul 10 lebih dan tempat ini baru di buka.

Disediakan juga makanan untuk elephant...1 bekas berharga RM12

Org ramai beratur menunggu giliran untuk menunggang elephant

Menunggang gajah ini mengambil masa lebih kurang 1/2 jam mengikut laluan yang telah ditetapkan. Agak mencabar ialah apabila gajah yang kami sedang tunggang menyusuri sungai yang agak dalam. Dalam hati banyak berdoa sebab risau dan takut gajah tersebut tidak dapat mengimbangkan badan dan jatuh didalam sungai...

Apa-apa pun tengok jer lah gambar ni.

Sampai giliran kami untuk menunggang gajah dan dibantu oleh auntie sebagai penjaga giliran

1,2,3 jom jalan...mula-mula rasa takut...dibuatnya gajah tu naik minyak habis kami terburai ke tanah. Perasaan tu aku buang jauh-jauh dan banyakkan berdoa supaya selamat semuanya.

Nampak keseronokan pada wajah-wajah insan kesayangan hamba...terutama yang si kecik tu...



Melalui kawasan rumah yang didiami oleh orang asli...agak daif


Laluan hutan dan kampung. Agak tenang pemandangannya.

Sebelum sampai ke last point, pemandu gajah telah berhenti kat satu tempat dan mempromosi gelang ala-ala mutiara dan sedikit campuran gading gajah. Harga yang diletak pada awalnya agak mahal tetapi setelah proses tawar menawar harga last yang kami dapat adalah RM25 untuk satu gelang. Oleh kerana kami ada 2 anak perempuan so kami grab 2 gelang. Pada awal nya memang nak elak dari perkara-perkara yang macam ni tetapi kami beli gak sebab 3 perkara iaitu cantik, kesian dan apa salah nya buat kenangankan....huhu

Tu dia gelang,,,terus dipakai tang tu jugak, Harap-harap tak hilang dan boleh bertahan lama

Seronok dapat gelang dan harap seronok juga untuk menjaganya...

Video yang sempat diambil semasa riding elephant...
jom tonton...


Tang Kuan Hill, Songkhla

Seterusnya kami panjangkan langkah ke Tang Kuan Hill yang terletak dalam  daerah Songkhla. Perjalanan ke sini memakan masa selama 50 min sejauh 31 km dari bandar Hatyai dengan menggunakan kereta.

Tang Kuan Hill adalah merupakan satu tempat sejarah pada zaman pemerintahan King Rama iv dan diatas bukit Tang Kuan terdapat Temple (Phra Chedi Luang), rumah rehat untuk Raja Rama iv dan rumah api. Ketinggian bukit ini adalah 105 meter dari aras laut.

Kedudukan Tang Kuan Hill adalah berdekatan dengan pantai Samila beach dan dari atas bukit di sebelah kiri kita boleh nampak view pantai yang cantik.Disebelah kanan pulak adalah dapat melihat pemandangan bandar Songkhla secara lebih menyeluruh. Ke dua-dua view ini memamg cantik dan adalah satu kerugian jika sampai di Songkhla tetapi tidak menerokai bukit ini.

Kami dibawa naik ke atas dengan menggunakan lift yang anggaran untuk muat adalah 10 orang dewasa sahaja. Untuk sampai ke atas tidak lah lama sangat. Ia hanya memakan masa lebih 6 @ 7 min sahaja. Tambang untuk masuk ke sini adalah RM3.60 untuk dewasa dan RM2.40 untuk kanak-kanak bawah 7 tahun. Amat murah dan agak berbaloi...

Sebelum naik atas kita bergambar dulu di hadapan pintu masuk Tang Kuan Hill

Tiket yang kami beli...

Laluan train (lift) untuk sampai di atas

Disediakan video sebagai tontonan untuk nampak lebih jelas bagaimana lift boleh dijadikan train untuk sampai ke atas.


Yeyyy...kami telah sampai di atas bukit Tang Kuan. Jom kita selongkar apa...

Snap gambar berlatarbelakangkan view pantai..very nice

Apa yang seronok sangat tu...

View Samila beach...

Lagi view pantai..

Kami dihidangkan dengan View Bandar Songkhla...Hampir keseluruhan bandar Songkhla dapat di lihat.

My lovely husband...
Mercu tanda Tang Kyan Hilltop

Rumah api

Temple

Ilyana & Sophea sedang menghayati suasana yang indah berdekatan dengan love lock

Nape tu ???

Kat atas ini juga ada tempat romantic iaitu Love Lock. Sapa-sapa yang rasa macam nak kunci hati dia kat sini, sila beli mangga yer...

Disediakan video untuk tontonan bersama.




Jangan terkejut, kat area Tang Kuan Hill ni banyak monkeys berkeliaran. Makin banyak bila ada orang yang memberi makanan. Berduyun-duyun monkeys dari hutan keluar untuk menjamah makanan yang di hidangkan tapi AWAS kanak-kanak dilarang membawa makanan bimbang direbut dan digigitnya.

Aku sekadar melihat dari jauh sahaja. Takut untuk mendekati monkeys tersebut kerana ditangan aku tika ini ada aiskrim kelapa...risau dorang terjah jer...

Aiskrim kelapa ni memang sedap. Banyak di jual di sini. kalau datang ke Hatyai/Songkhla jangan lupa dapatkan aiskrim kelapa ni. Rugi kalau tak cuba. Memang sedap dan berbaloi-baloi.

Tidak membahayakan tapi adakala monyet ni akan jadi ganas jika apa yang dia nak tak dapat...

Kat atas wayar elektrik pulak kelihatan berderet burung...aku tak pasti burung apa tapi amat banyak sekali...

Hai Monkey....

Lunch kat Subaidah seafood restaurant, Songkhla

Restaurant Seafood Subaidah terletak dekat dengan Samila beach, kira-kira 2 km dari Tang Kuang Hill. Kami mengambil keputusan untuk lunch di sini. Terdapat banyak gerai seafood dan anda boleh pilih kedai seafood mana yang anda suka tapi cari yang halal yer...jangan terbabas!

Oleh kerana 1st time tiba di sini, So kami dah tak nampak gerai seafood yang lain.Ditambah dengan makcik tu yang beria-ria menjemput kami masuk dan nampak tanda halal terus tetutup akal dan fikiran untuk mencari restaurant yang lain. Tapi tak apa mungkin ini rezeki dia dan ada hikmah disebaliknya. Jom masuk...kita tengok apa hikmah nya..hihi...

Bergambar dulu sebelum masuk...nampak depan ok jer...

Bila masuk, boleh tahan cantik dan kemas tempatnya...nampak selesa dan nyaman. betul-betul mengadap laut...

Bila diperhatikan...pengujung yang datang makan ke sini ramai dari Malaysia. Tak hairan lah, ramai rakyat malaysia suka datang ke sini...bab makan memang sedap dan nombor 1.

Nampak begitu legend...I like..i like...

Yeyy...lastly kami memilih tempat yang betul-betul mengadap laut. Melihat pada tempat yang cantik dan buatan semua berundurkan buloh, nampaknya selera kami makin bertambah-tambah. 


Tu dia menu yang kami pilih

Kalau udang, ketam, kerang, sotong dll seafood, kiraan adalah mengikut gram. Waspada yer...jangan tertipu kat menu yang ditunjukkan. Kita nampak macam dalam bentuk harga  tetapi ia bukan harga taww tapi dalam gram.

Kami hanya ambil udang celup tepong dan kerang bakar jer...yang lain-lain  kami order masakan panas seperti tomyam campur, kailan ikan masin, telor dadar dan ulam. Untuk elak dari terkejut masa hendak bayar, better tanya harga siap-siap. Tak salahkan kita sebagai customer untuk menanya harga tu semua..haha. Cam aku, aku siap tanya satu persatu harga yang diorder. Sekurang-kurangnya bila dah habis makan, aku dah boleh agak berapa harga yang perlu di bayar. Takde lah terkejut sangat.

Harga kat sini boleh tahan mahalnya terutama yang berasakan seafood. Tapi apa salah nya sekali sekala makan macam ni...rasa cam berbaloi-baloi...memang sedap dan kena dengan citarasa kami sebagai rakyat Malaysia.


Tomyam seafood memang sedap dan tidak kedekut. Banyak seafood dimasukkan dan tak larat pulak kmai nak menelannya.

Udang celup tepong

Korek nasi dalam baldi...

Selepas lunch, kami berjalan menuju ke Samila beach. Baru kami perasan bahawa sepanjang-panjang jalan memang banyak gerai seafood yang halal...Ingat Subaidah tu jer yang halalnya...huhu

Samila beach, Songkhla

Samila beach terletak dalam daerah Songkhla dan berdekatan dengan Tang Kuan Hill. Memang terkenal dengan  pantai nya yang cantik dan sentiasa dikunjungi oleh orang ramai baik local mahupun international. Terdapat dua tempat yang menjadi tumpuan utama pelancong kat sini iaitu patung mermaid dan patung kucing dengan tikus. 

Pantai agak cantik tetapi darisegi kebersihan agak kurang sikit. Mungkin kerana pantai ini sentiasa dikunjungi oleh orang ramai dan adab penjagaan kebersihan tidak dititik beratkan.

Patung kucing dan tikus...Ada sejarah nya yang tersendiri


Patung mermaid. Aku ambil gambar dari jauh jer...Nak bergambar bersama patung mermaid pun tak de mood sebab time ni panas sangat dan ramai sangat orang sedang berkerumun untuk bergambar.

View sekitar pantai Samila..

Aktiviti menunggang kuda pun ada...

Video Samila beach untuk tatapan bersama...


Asean night bazaar, Hatyai

Merupakan pasar malam yang terbesar di Hatyai yang menjual pelbagai jenis barang keperluan terutama pakaian, beg dan kasut dengan harga yang berpatutan dan agak murah dari biasa. Di level 2 pula disediakan banyak gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan halal dan tidak halal. Bagi orang islam tidak sukar untuk memperolehi makanan di sini.

Tidak hairan lah ramai pelancong luar terutama dari Malaysia, Singapore dan Indonesia serta omputeh datang berkunjung ke sini. Hatyai bukan sahaja popular sebagai syurga membeli belah tetapi terkenal dengan makanan yang pelbagai jenis dan sedap.

Transport yang paling sesuai untuk ke sini adalah tut-tut. Sebab apa? Tidak perlu bersusah payah mencari parking. Ini kerana pada pengamatan aku, kawasan night market ni agak crowded dan sentiasa dipernuhi oleh orang ramai. Secara tidak langsung parking kosong amat sukar sekali untuk ditemui. Lagi pun, harga tut-tut untuk ke sini tidak lah mahal mana pun. 

Lambang Asean nignt Market

Agak sukar untuk bergambar kat sini kerana ianya sentiasa dipenuhi oleh orang ramai yang ingin mengambil gambar. So ini lah gambar terbaik yang boleh diambil.

Sungguh meriah diwaktu malam.

Banyak pilihan dan harga agak murah. 

View dari tingkat 2, tempat makan

Banyak deretan kedai yang membuatkan kami tidak dapat explore secara keseluruhan nya.

Sebahagian gerai yang disediakan

Banyak pilihan makanan yang halal dan sedap dijual di sini. Memandangkan orang terlalu ramai, kami hanya memilih makanan yang senang didapati jer seperti nasi goreng ala thai dan air perasa buah yang memang sedap dan sangat puas hati. Pesanan saya jika datang ke sini jangan lupa jengah tingkat 2 ni yer...boleh try pelbagai masakan thai. Amat rugi jika tidak merasainya.

Untuk pengetahuan semua, gerai makanan halal dan tidak halal telah diasingkan. Maksudnya gerai makanan tidak halal disebelah kanan dan gerai makanan halal disebelah kiri so masa membeli makanan kita sudah tahu kawasan yang mana yang perlu kita tuju.

Lagi satu, tempat makan memang sukar di dapati kerana ia sentiasa penuh. Klau nak makan kat situ kena banyak menunggu dan bersabar. kalau tidak memang tapau lah nampaknya. Bagi kami nasib baik ada tempat makan di tepi lorong yang mengadap bazar jualan. Itu pun hanya ngam-ngam untuk dua orang sahaja, Kami yang tua ni terpaksalah berdiri melihat anak-anak makan.

lagi suasana gerai menjual makanan...kat tepi-tepi tu lah kami makan

Nampak tak padat nya manusia kat sini..Kadang-kadang naik lemas gak dibuatnya. Pada awalnya memang kami dah mati kutu dibuatnya tetapi tu lah kesabaran menunggu yang tinggi telah membuahkan hasil walau hanya makan kat tepi dan tempat orang lalulalang.

Kadang-kadang kena waspada juga makan kat sini taku ada virus..maklum lah ramai sangat orang...

Kami hanya tengok anak makan jer...pastu rasa lah sikit makanan diaorang. Yang penting diorang kenyang.


                                               Tu dia air yang kami beli...memang sedap...

Makan sorang-sorang jer ke...

Lepas makan ini lah jadi nya...seronok bukan main...



Disediakan video sebagai tontonan bersama



Untuk hari pertama di Hatyai sila klik Day 1  dan untuk hari ke tiga sila klik Day 3