Selesai dinner kami terus di bawa oleh Pak asip untuk check in hotel...Di Bandung kami menginap di Hotel Cemerlang untuk satu malam....badan yg letih dan perut yang kekenyangan membuatkan lena kami di buai oleh mimpi2 yang indah...
MORNING BANDUNG...Wake up...wake up...wahai kawan2 ku...banyak lagi tempat yg nak kita terokai ni...Ayuhh...breakfast dulu
Selepas breakfast kami bersiar2 di laman hotel sambil snap beberapa keping gambar Utk di abadikan di hari tua nanti....
ini lah Hotel tempat kami menginap sepanjang berada di bandung....
Agak selesa dan memuaskan
Agak selesa dan memuaskan
Melawat Tangkuban Perahu
Tangkuban perahu merupakan kawah gunung berapi yg masih lagi aktif....Ianya terletak di bahagian jawa barat indonesia...kira-kira 30 km dari bandar utama bandung.
Ketinggiannya boleh mencapai 2084 meter ( 6837 kaki ) Dari aras laut dengan suhu di siang hari 17 darjah celsius manakala pada malam hari boleh mencecah 2 darjah celcius
Di kiri kanan jalan sebelum sampai ke Puncak tangkuban perahu...di penuhi dengan pokok pinus & hamparan kebun teh yang begitu memukau hati kami.
Sepanjang perjalanan menuju ke puncak, Pak Asip menceritakan asal usul di sebalik nama tangkuban perahu dipanggil.kisah yang popular itu di panggil "Lagenda Sangkuriang" yg sampai sekarang cerita lagenda itu masih terpahat kukuh di hati setiap rakyatnya...
Perjalanan yg memakan masa selama 1 jam tidak menjadi masalah bagi kerana terlalu taksub mendengar cerita daripada Pak Asip
Sebaik sampai di puncak, bau belerang (hasil drpd letusan gunung berapi) begitu menusuk ke hidung kami tapi Pak Asip cakap "jangan takuttttt....kat sini kawasan yang selamat untuk dilawati"....fuhhh lega rasanya...
Di bawah ni aku sempat upload beberapa keping gambar untuk tatapan bersama...macam2 Gaya dan aksi ada....
kawah gunung berapi...katanya masih aktif
Kawah gunung berapi yang masih lagi aktif....dari jauh kami dapat melihat sisa asap yang masih lagi berbaki walaupun letusan telah berlaku agak lama....Very excited!
This is 1st time aku dapat melihat kawah gunung berapi secara dekat...masa ni perasaan takut tidak ada dalam fikiran memandangkan suasana kat puncak ini begitu meriah dengan orang ramai dan deretan kedai2...
Apa lagi kawan2...jom kita trokai setiap pelusuk tempat ni dan snap gambar....jommm...
Awesome pictures...Bukan main lagi di Orang bergambar
Tak takut ker...?
Tak takut ker...?
Antara deretan kedai yang dapat di lihat dari atas...kedai2 ini kebanyakannya menjual aksesori, gift, frame, lukisan, t-shirt dan key-chin
gambar yg cool dan steady...kami tak takut pun
Walaupun berada di atas puncak gunung....terdapat ramai juga peniaga2 yang menjual barangan aksesori dan cenderamata....ada yang berniaga didalam kedai dan ada juga yang bersendirian membawa hasil niaga nya untuk di jual kepada pelancong2....
Tapi awas....peniaga sebegini akan menjual barangan nya dengan harga yang mahal....harga yang sepatutnya boleh dapat rm 20, di letaknya harga rm 50 - rm 100, Mahal nya weiii....tapi jangan terpedaya, kalau kita tak nak beli, dia sendiri akan turunkan harga...
Bagi kami ia amat merimaskan dan tidak selesa untuk berjalan2 di sekitar tersebut...dengan kata lain "tiada privacy"...Pak Asip awal2 lagi telah berpesan kepada kami supaya jangan layan dan berlembut dengan mereka ini....
Sempat lagi anom posing walaupun nyaris2 di kejar oleh peniaga2 di situ
Lunch kat bandung
Restoran ni memang aku tak pasti dan tak ingat apa nama restoran ni. Al maklum lah dengan keadaan letih dan perut yang lapar gambar restoran pun aku terlupa nak ambil...lagipun sebaik sahaja kaki melangkah ke dlm restoran, kami di sambut oleh pelayan2 yg setia menjalankan tugasnya dan makanan kami sudah siap terhidang di depan mata...
Anom : apa hal kak gayah ni....tak kan tido kot
Kak gayah : ohhh....sedapnya tak terkata
Lunch dengan menu "nasi padang"...tak lupa juga kat sini kami telah mengorder air Yg paling special sekali..ha2...tak kisah lah harga berapa pun...kami nak juga
Air strawbery kak gayah....apa yang di idam tercapai jua
Rm7.....berbaloi-baloi
Senario kat restoran
Begitu serius dok kira duit....bayar hutang ker?
anom : lepas dok kira tadi, kak Gayah ada lagi balance Rp 150,000...ngam2 untuk bayar airport tax nanti....
Kak gayah : yer ker...? Tak kan ini jer balance yg ada.macamana nak shopping kat Pasar baru nanti...duit rm kak gayah banyak lagi...agak2 diaorang terima tak???
Kak maznah melepaskan gian nya....jus avocado menjadi target utamanya dari semalam...harganya juga Rm7
Teh tarik aku....ketagih tahap cipan...juga Rm7 @ Rp20,000
sama jer harga...rasa nya agak mengecewakan tapiii...sekurang2nya boleh kurangkan ketagihan ku...
Shopping kat pasar baru bandung
Selepas makan pak asip membawa kami shopping kat pasar baru..orang kata barang2 kat sini murah dan berpatutan....sebelum sampai, kami terpaksa meredah jem yg amat teruk memandangkan pasar baru ini terletak di tengah2 kesibukan kota...jem pun jem lah yg penting matlamat kami tercapai...
Pak asip memberi masa 3 jam untuk kami shopping bermula dari pukul 1 hingga pukul 4 ptg....wahhh macam2 boleh shopping ni....agak2 cukup tak masa yg di beri ni...
iskk...kalau ikut kan 1 hari 1 malam pun tak cukup...al maklum lah semua yg dtg ni jenis kaki shopping yg tak boleh nak control punya...walaupun begitu kami peruntukan masa yg diberikan sebaik mungkin...
Shopping at Pasar Baru Bandung
Sedikit info aku nak kongsikan sebelum shopping...
Pasar Baru Bandung @ juga di sebut sebagai Pasar Baru Trade Centre terletak di jalan Otto
Iskandar Dinata yg berada di tengah2 kesibukan pusat bandar Bandung.
Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual seperti pakaian, kain sulam, kain batik, baju ready made, jubah, telekong, blouse, kain cotton, beg, kasut, keychin, aksesori, pakaian kanak2 dan Pelbagai jenis barang makanan seperti pisang salai, kerepek, buah-buahan dan banyak lagi.....
Pakaian dan kain yang di jual terdiri daripada pelbagai jenis corak dan design yang sesuai untuk pelbagai golongan dan peringkat umur....termasuk lah dengan kami ni..he2
Kat pasar baru ni lah kami shopping habis-habisan...gila sekejap apabila melihat kain2 yg cantik dari fabrik yg berqualiti....telukong solat juga menjadi sasaran utama kami begitu juga dengan baju ready made dan kain cotton.
Tidak lupa juga kat sini aku, kay dan anom membuat tempahan seluar jeans yg boleh siap hari tu juga..apa lagi kami terus memilih warna fabrik yg sesuai utk seluar jeans dan mengukur saiz badan...
Kedai Kek Kartika sari
Ianya terletak di bahagian Jawa barat indonesia....terkenal dengan jualan kek yang mempunyai pelbgai perisa dan amat popular bukan setakat di area bandung tapi juga di kenali di Malaysia...
Kata orang "kalau ke bandung....tidak sah kalau tidak singgah di kedai kek Kartika sari"
Dinner dulu sebelum balik jakarta
Selepas dari kek kartika sari, kami terus pergi dinner kat restoran area bandung. Disebab kan terlampau penat, kami tiada selera untuk makan....masing2 teringat bantal jer.
Yang letihnya, nak kena balik ke jakarta malam ni juga....2 1/2 jam makan masa dalam perjalanan
adoiii....letih wehhhh. Yang lagi letih ni....kami nak kena tunggu seluar jeans yang di tempah petang tadi kat pasar baru. Sehingga sekarang belum siap lagi. Rp150,000 @ Rm50 dah di bayar
Isk...isk...menangis tak berlagu. Nasib baik Pak asip orang yang baik, penyabar dan sporting. Yang lagi- lagi letih, seluar jeans tu...kami hanya wat koleksi dalam almari jer....Sayang nak pakai...cantik sangat...he2....he...
Sapa lah yang punya ni? shopping sakan....macam2 barang ada...kiranya berbaloi lah datang sini...
Ini namanya pelaburan berhemat..he2...balik hotel ini lah keje kami....
Day 4 (last day) at Jakarta
Good Morning kawan!...hari ini adalah hari terakhir kita di bumi jakarta.Pak asep akan membawa kita melawat Taman Mini jakarta yang termasyur di indonesia tapi sebelum tu apa kata kita bergambar dan breakfast dulu...jomm
Hari terakhir di Jakarta ~ at lobby hotel
Sedikit info about Taman Mini Jakarta (TMJ)
Terletak di bahagian jakarta timur, indonesia dengan keluasan 250 ekar di mana ia di jadikan sebagai taman2 reakresi dan mempamirkan budaya hidup rakyat indonesia. Telah di buka pada tahun 1975 oleh pesiden Suharto yg merupakan Presiden Indonesia pada masa itu. Taman ini merupakan rangkuman kebudayaan bangsa Indonesia, yang meliputi pelbagai aspek kehidupan masyarakat sehari2...
Disamping itu, di tengah-tengah TMJ terdapat sebuah danau / tasik yang menggambarkan kepulauan Indonesia dan di tengahnya terdapat kereta kabel, bangunan2 museum, bangunan Teater IMAX Keong Mas dan Teater Tanah Airku. Justeru itu, tidak mustahil taman rekreasi ini menjadikan tumpuan utama pelancong samada dari dalam dan luar negara
Kalau ke jakarta jangan lupa jadikan TMJ ini sebagai salah satu tempat destinasi yang patut di kunjungi
Kalau ke jakarta jangan lupa jadikan TMJ ini sebagai salah satu tempat destinasi yang patut di kunjungi
Pintu masuk utama ke Taman Mini Jakarta
Pelbagai design rumah tradisional yg pelihara / di jaga agar tidak luput di telan zaman ~ ukiran dan seni bina yg menakjubkan
Bersantai di anak tangga...
Bergambar dengan maskot....selepas bergambar kami di kehendaki membayar kepada nya seikhlas yg mungkin.
Cabel car juga di sediakan kepada pengunjung yang ingin menaiki nya. Oleh kerana masa tidak mengizinkan kami tidak berkesempatan menaiki cabel car just tengok dari jauh sahaja....
Cam bergaduh jerr..emm
seronok tengok gelagat anak monyet ni...panjang muncungnya ha...ha...
tak yah takut lah anom...dia ok jer ni
Get ready to next destination! Said pak asep...hahaha
Kat sini pun ada Desnyland juga tau...he2 walapun just replyka only tapi cukup memberi kepuasan kepada kami...
Bangunan berbentuk siput....Pada awal nya tak teruja langsung nak bergambar tetapi bila snap satu gambar...aku mendapati ianya sangat cantik dan unik. Apa lagi berkeping2 gambar kami ambil
Makan tengahari sebelum berlepas ke aitport
Gambar last dengan Pak asep masa di jakarta airport
Kagum dengan Pak Asep yang sabar melayan kerenah kami. Terima kasih kerana Menghantar kami ke airport dari awal hinggalah kami selesai chek in.
Kataya " Asep hantar kamu kat sini aja kerana asep dah tak boleh masuk ke dalam "....
Dia masih lagi menunggu sehingga lah bayangan kami hilang dari pandangan. Terasa sedih lah pulak....ada orang tu menangis. Haha2...
"Jangan resah andai ada yang membenci mu kerana masih ramai yang mencintai mu....
TETAPI resah lah andai ALLAH membenci mu kerana tiada lagi yang mencintai mu di akhirat nanti..."